Subscribe:

Ads 468x60px

Ads 468x60pxAds 468x60px

Labels

Thursday, December 29, 2011

Dambaan Cahaya

 Sinopsis 

Bab 1

Sekolah Menengah Islam Makmuriah Perempuan (SMIMP) ceria dengan kehadiran wajah-wajah baru warga sekolah tersebut. Minggu orientasi membuka tirai tahun tersebut. Kini Zahra , Adlina dan Hamani berada di tingkatan 2. Biarpun tidak sekelas, mereka tetap akrab seperti tahun sebelumnya. Siapalah guru tingkatan mereka, masing-masing berharap supaya Ustazah Fikriah menjadi guru tingkatan mereka. Ustazah Fikriah merupakan guru displin, beliau tidaklah segarang mana namun nasihat beliau amat menyentuh jiwa pelajar-pelajarnya. Baru seminggu sekolah bermula, sudah ada yang mencari fasal dengan membuang sampah dari tingkat atas bangunan akademik. Sampah itu dilipat membentuk sebuah roket kemudian dilayangkan sehingga akhirnya melanggar kepala Adlina. Adlina membuka lipatan kertas tersebut.

Bab 2

Di rumah kediaman Hasyaisa, Encik Hamid berbincang bersama Puan Rafidah (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid – PKHEM) mengenai kemasukan anaknya ke SMIMP. Sementara Hasyaisa pula sedang mengemas pakaian dan keperluan untuk tinggal di asrama. Encik Hamid memberi nasihat kepada anaknya itu. SMIMP merupakan sekolah terakhir dia, sekiranya berlaku masalah kepada Hasyaisa lagi ada kemungkinan dia akan ikut bapanya ke luar negara. Esok dia akan memasuki sekolah itu.

Bab 3

Hasyaisa terpinga-pinga mencari bilik PKHEM. Seorang pelajar sedang dimarah di dalam bilik tersebut. Ustazah Fikriah dan Cikgu Rafidah sedang menegur pelajar tersebut. Hasya menunggu sehingga urusan tersebut selesai. Halwa keluar dari bilik itu, Cikgu Rafidah mengenakan denda kepada Halwa. Adlina menceritakan kepada Hamani dan Zahra mengenai kelibatan seorang pelajar baru di sekolah mereka. Malam itu, Halwa datang ke bilik asrama Hasya. Rancangannya mahu membuli pelajar baru itu.

Bab 4

Suatu petang Zahra, Adlina dan Hamani melakukan aktiviti senaman. Mereka ingin berjogging pusing kawasan sekolah. Ketika mereka merentasi padang sekolah, sebiji bola sepak terlantun di hadapan mereka kemudian terhenti di hadapan Zahra. Seorang pelajar lelaki muncul, dia merupakan anak kepada Cikgu Rafidah, Akmal Haris. Malam itu diadakan bacaan Yaasin secara beramai-ramai. Ayah Hasya datang melawat anaknya. Wang saku untuk perbelanjaan selama sebulan disediakan untuk dia. Keesokan pagi, Hasya bangun tidur dan mendapati pursenya hilang.

Bab 5

Pada waktu rehat, Hasyaisa hanya mengikuti Halwa dan Izyan. Dia belum begitu mengetahui kawasan sekolah secara menyeluruh. Izyan terpaksa membelanja Hasya kerana dia tahu yang Hasya tidak mempunyai wang. Malam itu panggilan berbaris diadakan oleh warden asrama mengenai kes kehilangan wang tadi. Izyan dengan penuh muslihat mencadangkan agar Hasya meminjam wang daripada Halwa. Bukan dia tidak tahu Halwa itu bukan pemberi hutang yang baik namun sengaja dia menyuruh demikian untuk mengenakan Hasya.

Bab 6

Halwa yang memberi hutang kepada Hasya memujuk supaya Hasya menyertai Kelab Bola Jaring Sekolah. Sebenarnya dia ingin menjadikan Hasya sebagai budak belasahan dan sebagai bahan bulinya. Hasya kerana rasa terhutang budi mengikut sahaja pujukan Halwa itu. Suatu petang mereka bersukan, Hasya sememangnya tidak hebat dalam bersukan. Tanpa sengaja dia telah membaling bola ke arah muka Halwa. Nur Arfah menjadikan peristiwa tersebut sebagai bahan ketawanya kepada rakan-rakan yang lain. Halwa berang.

Bab 7

Zahra, Hamani dan Adlina sebenarnya kasihan terhadap nasib yang menimpa Hasya. Mereka mula ingin mendekati Hasya. Halwa kini memaksa Hasya mencuci t-shirt ahli Kelab Bola Jaring, alasannya sebagai denda kepadanya atas kesilapannya tempoh hari. Duit pinjaman Hasya semakin berkurangan, malu rasa bagi dia untuk meminjam lagi daripada Halwa. Dia mendiamkan perkara itu sehinggalah kehabisan wang. Suatu hari Hasya dalam keadaan lapar terlihat Zahra dan Adlina membawa makanan dalam bungkusan. Jelas sekali makanan itu ditempah daripada restoran francais sekitar kawasan sekolah. Zahra melihat Hasya yang lemah sedemikian menjemput Hasya untuk turut makan bersama mereka.

Bab 8

Zahra dan Adlina lengkap berpakaian sukan untuk aktiviti riadah mereka. Hamani seperti selalunya akan ke bilik basuhan untuk membasahkan mukanya dahulu. Dia terpaku sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik basuhan itu, gadis yang bermata putih itu kini di hadapannya, bertentangan mata. Masing-masing merenung tajam ke arah satu sama lain. Beberapa saat seketika dia kembali sedar dan terus beredar dari situ. Malam itu, Halwa datang ke bilik Hasya untuk mengacaunya lagi. Kali ini diberi pula kerja rumahnya yang banyak untuk disiapkan.

Bab 9

Perbuatan Halwa semakin melampau, setelah kerja rumah matematik, folio sejarah pula yang diserahkan supaya Hasyaisa menyiapkan baginya. Tidak cukup dengan itu, Halwa merampas kalung kesayangan Hasya sebagai barang gadaian sehinggalah hutangnya dilangsaikan. Juga sekeping poskad gambar arwah ibun Hasya turut dijadikan bahan ugutan. Hasya tidak tertahan dengan perbuatan Halwa itu, dia hanya mampu menahan sendiri. Tidak diluahkan kepada sesiapapun. Asrama puteri itu kemudian gempar dengan berita yang menyeramkan, seorang pelajar tingkatan satu mendengar suara tangisan di dalam tandas pada waktu malam. Keadaan bertambah misteri lagi apabila tandas itu sememangnya kosong.

Bab 10

Setelah tamat pembelajaran Bahasa Melayu, Cikgu Fazilah menasihati pelajar-pelajarnya supaya membuat persiapan untuk Ujian Satu yang bakal bermula tidak lama lagi. Pada waktu rehat, dalam keadaan pelajar sekolah terpusu-pusu ke kantin, Hamani terlihat seseorang yang sengaja menjatuhkan Hasya. Hasya terjatuh serta-merta tercedera di bahagian lutut. Malam itu setelah tamat mengulangkaji, Hamani ke tandas dan dia terdengar suara tangisan seorang gadis.

Bab 11

Hamani turun riadah lewat sedikit petang itu. Dia menyuruh dua sahabatnya itu memulakan aktiviti tanpanya. Setelah siap menukar pakaian, Hamani ke bilik basuhan untuk mencuci muka. Dia bertemu Hasya yang sedang mencuci pakaian yang banyak. Jelas kelihatan kepenatan gadis itu menyebabkan hajatnya untuk bersukan petang itu terbantut. Dia membantu Hasya mencuci pakaian. Malam itu mereka berbual-bual mengenai Hasya, sedar Hasya dalam kesukaran itu mereka mula menghulurkan bantuan dan perlindungan.

Bab 12

Kini mereka mula belajar bersama. Mereka mentelaah bersama. Mereka makan bersama. Mereka solah berjemaah. Ujian Satu kini bermula. Hamani seringkali memberi semangat untuk Hasya agar terus bersabar dengan ujian yang menimpa dirinya. Hasya gembira berkawan dengan tiga sahabat baru ini, mereka cukup baik kepadanya. Izyan dan Halwa mula perasan yang Hasya kini mula meluangkan masa bersama tiga orang budak ini sahaja.

Bab 13

Keputusan ujian telah dikeluarkan. Hasya tidak sabar menunggu kepulangan ayahnya. Encik Hamid tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Keputusan Hasya cemerlang untuk kali ini. Dia mula menimbulkan keinginannya untuk menukar ke kelas lain. Hasya akhirnya dapat memasuki kelas yang sama dengan Hamani iaitu kelas yang pertama bagi tingkatan dua. Hasya mula belajar memperbetulkan bacaan Al- Qurannya dengan Hamani. Hamani merupakan wakil sekolah dalam pertandingan Hafzan dan Taranum Al-Quran.

Bab 14

Hasya segera melangsaikan hutangnya kepada Halwa. Kalungnya diminta semula. Namun Halwa masih tidak memberikannya dengan memberi beberapa alasan yang tidak munasabah. Sebenarnya Halwa ingin Hasya mengikuti beberapa lagi permintaannya. Dia mula merasa tergugat dengan perubahan Hasya. Dia mula merancang sesuatu. Hasya tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia sendiri takut Halwa melaporkan kepada warden bahawa dia telah membawa barang kemas ke sekolah. Seandai kalungnya dirampas, mana mungkin kalung itu dikembalikan kepadanya.

Bab 15

Halwa atas cadangan Izyan mengugut Hasya supaya menjauhi Zahra, Adlina dan Hamani. Hasya akur sahaja. Belum sempat Halwa memulangkan kalung tersebut, dia mendapati kalung tersebut telah hilang, mungkin dicuri. Ya. Locker Halwa dipecah, namun dia hanya berdiam diri sahaja dan cuba menangguhkan masa supaya dapat mencari kalung itu. Pada masa yang sama berusaha meyakinkan Hasya yang kalung itu masih ada padanya. Sebenarnya dia sudah mula berasa takut. Nur Arfah yang gemar bergosip pula menceritakan perkara yang tidak sepatutnya sehinggalah berita itu sampai ke telinga Hasya.





Bab 16

Hasya melulu mencari Halwa untuk mendapatkan kepastian bahawa berita itu adalah benar atau palsu. Halwa cuba mengelat, dia terpaksa berbohong. Kadang-kadang dia menggunakan kekerasan supaya Hasya tidak berani memarahinya secara berlebihan. Halwa makin terdesak, dia kembali membuli Hasya setelah hubungan Hasya dan tiga sahabatnya renggang.

Bab 17

Hasya makin terdesak, hatinya tidak pernah tenang gara-gara Nur Arfah yang mungkin mereka-reka cerita tentang kehilangan kalung itu. Kalung itu sangat bermakna baginya. Semakin hari dia tidak tahan melayani kerenah Halwa yang menyuruhnya mencuci pakaian dan beberapa perkara lain. Dia membuat keputusan untuk keluar daripada Kelab Bola Jaring Sekolah. Dia mahu putuskan segala perkaitannya dengan Halwa. Dia mula mendesak-desak Halwa. Hatinya selalu gundah, setiap saat kerisauan semakin bertambah.

Bab 18

Malam itu, selesai mengaji Al-Quran, Hasya melakukan solat hajat kemudian berdoa agar diberikan petunjuk dan jalan penyelesaian daripada Alllah S.W.T. Pecah tembelang, sebelum sampai ke biliknya, dia mendengar Halwa bertanya dan mengaku kepada Izyan yang dia sebenarnya telah kehilangan kalung tersebut. Dia bagai hilang kekuatan dan terus menangis teresak-esak berjalan ke bilik Adlina. Zahra cuba menenangkan sahabatnya itu. Adlina dan Zahra menemani Hasya bertemu Halwa untuk berbincang. Hasya meminta kembali poskad bergambar yang diberikan oleh arwah ibunya. Halwa dengan perasaan marah bercampur geramnya, mengoyak poskad itu dan mencampakkannya ke arah Hasya.

Bab 19

Kesedihan yang terpendam selama ini bertukar menjadi kemarahan. Hasya mula berubah sikap. Pada malam itu, berlaku pergaduhan yang besar diantara mereka. Tidak cukup ruang di dalam bilik, mereka bergaduh sehingga ke luar bilik. Ramai pelajar menyaksikan pergaduhan itu, mereka takut mencampur tangan. Adlina , pelajar yang hebat dalam bersilat itupun terpelanting, apatah lagi nasib mereka. Seorang pelajar telah melaporkan kepada warden. Riuh asrama pada malam itu. Mereka dibicarakan di dalam pejabat warden, sementara pelajar-pelajar lain terpaksa menghadiri panggilan berbaris. Operasi penggeledahan locker dilakukan. Izyan dalam kerisauan. Hamani pula bagaikan mencari sesuatu. Bagaimanakah kalung itu dapat dijumpai dan diselamatkan daripada dirampas.

Bab 20

Kepiluan hati Hasya makin bertambah. Kalung kesayangannya masih tidak dijumpai. Mungkin telah dijual atau digadai oleh si pencurinya. Halwa dan Hasya akhirnya dibuang sekolah. Zahra dan Adlina merasa simpati atas nasib rakannya itu. Hamani hanya mampu berdiam diri. Izyan seolah tidak percaya apa yang berlaku. Suatu petang, Hamani akhirnya menjumpai kalung itu pada tempat yang dijangkainya, angkara siapa semua ini telah diketahuinya. Hamani berazam untuk menjaga kalung itu sebaiknya dan pada masa yang sama cuba mencari Hasya. Padahal Hasya sudah meninggalkan bumi Malaysia bersama ayahnya.

Bab 21

10 tahun kemudian, Hamani sudah melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Tinggi Awam. Hari itu cuti umum, dia bercadang ke satu majlis ilmu seorang alim tersohor di Nusantara ini. Majlis ilmu tersebut diadakan di Masjid Negara. Akhirnya takdir menemukan dia dan Hasya. Perasaan mereka begitu gembira. Kalung yang hilang akhirnya sampai kepada tuan miliknya kembali.







No comments: