Subscribe:

Ads 468x60px

Ads 468x60pxAds 468x60px

Labels

Tuesday, January 03, 2012

SINOPSIS DC

SINOPSIS

DAMBAAN CAHAYA

Sekolah Menengah Islam Makmuriah Perempuan (SMIMP) menjadi saksi terbinanya ukhuwah tiga sahabat, Zahra, Adlina dan Hamani. Kini mereka berada di tingkatan 2. Biarpun tidak sekelas seperti di tingkatan 1, hubungan mereka masih akrab dan ceria. Dua minggu persekolahan bermula, warga Asrama Puteri gempar dengan kehadiran seorang pelajar baru yang dianggap aneh kerana memiliki anak mata yang bewarna putih, Hasyaisa. Situasi ini menyebabkan dia menjadi bahan mbualan ramai pelajar. Sifatnya yang pendiam dan pemalu itu membuka peluang kepada seorang pelajar nakal di sekolah itu, Halwa untuk memperlekehkan dia. Halwa sering membuli Hasya. Hasya digelar ' Ular ' dikalangan pelajar sekolah. Bukan itu sahaja, Halwa sering memperalatkan Hasya. Bagi Hasya, menentang Halwa merupakan sesuatu yang diluar kemampuannya. Siapa tidak kenal Halwa, Kak Yong Asrama Puteri.

Keadaan itu diketahui Zahra apabila Nur Arfah selalu menceritakan perbuatan jahat Halwa itu sebagai bahan ketawanya kepada Mazni dan Alina. Zahra, Adlina dan Hamani cuba mendekati dan membantu Hasyaisa. Izyan rakan sebilik Hasya tidak pula membantu nasib Hasya yang malang itu seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Hari demi hari Hasyaisa semakin tertekan dan terus dibuli. Pernah juga Hamani dan Adlina bercadang agar Hasya terus melaporkan kepada guru displin atau warden namun Hasya sendiri membantah seolah-olah ada sesuatu yang dirahsiakan. Hasya seperti dikuasai Halwa. Apakah sebabnya? Dapatkah dia bertabahkan hatinya dengan ujian itu? Sampai bila dia mampu bertahan ?

Hanya kerana sekeping poskad dan kalung pemberian arwah ibunya, Hasya sanggup diperlakukan apa sahaja agar barang-barangnya dikembalikan oleh Halwa. Halwa pula asyik mengugut Hasya agar tidak melaporkan kepada pihak sekolah atau mana-mana rakannya, jika tidak dia akan mengoyakkan poskad itu. Sehinggalah suatu malam, mereka berkelahi sehingga sampai kepada pengetahuan warden. Kehilangan hadiah peninggalan arwah ibu Hasya meninngalkan luka yang amat mendalam di hati Hasya. Namun dia masih mampu tersenyum kerana mendapat teman yang setia seperti Zahra. Adlina yang selalu ingin melindunginya dan Hamani yang selalu memberikan semangat supaya dia terus kuat. Itu semua merupakan sesuatu yang amat berharga kepadanya. Hasyaisa dan Halwa dibuang sekolah.

Misi mencari kalung yang hilang itu belum selesai, Hamani seorang diri telah mencarinya. Dia tahu siapa yang merancang semua ini. Secret, dia yang merancang semua ini. Namun Secret masih tidak mahu mengaku bersalah walaupun dia sendiri hampir dibuang sekolah jika tidak bantuan Hamani yang merancang rancangan yang lain supaya kalung itu tidak dirampas oleh pihak asrama sekolah. Akhirnya Hamani menjumpai kalung itu, dalam diam dia menyimpan dan berazam akan menyerahkan kalung itu kembali kepada Hasyaisa.

10 tahun kemudian. Hamani yang kini yang sedang menuntut di salah sebuah IPTA di Malaysia mengahadiri suatu majlis ilmu. Majlis ilmu itu diadakan di Masjid Negara. Takdir menetapkan bahawa dia bertemu kembali dengan Hasya setelah tamat majlis itu. Dalam tangisan dan kegembiraan mereka, dia memulangkan kalung milik Hasya.  

No comments: